My Best Friend

My Best Friend
My Gang ...

Wednesday, 28 March 2012

Ambil Pengajaran !


Kita baru naik kapal terbang sudah sombong. Rasulullah s.a.w naik ke langit pun tidak sombong. Kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamborgini sudah sombong.
Rasulullah menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tidak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah s.a.w berjumpa dengan Allah s.w.t di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri pun tidak pernah masuk, tetapi baginda tidak pun sombong. Jadi apa sebab kita mahu sombong atas dunia ni ?

Fikir Sejenak

Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni”. Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian.
Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan. Jaga hati.

WOW.. : Word Of Wisdom


" Always aim higher than you believe you can reach. So often, you'll discover that when your talents are set free by your imagination, you can achieve any goal. "





" All things, works, projects or goals maybe are difficult, but after a while they become easy...
so.. Keep Going ! " and REMEMBER TO ..Never ever ever ever Give Up ! "

Lawak : Cerai

Ok2..layan cerita lawak penuh pengajaran ini...


Pada suatu hari...suami tengah memandu...,


Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....


si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)


isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi.. dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!


si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...


Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...


si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju.....(80km)


isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....


si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)


isteri : saya nak kereta ini,kredit card dan saving akaun kita


sisuami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco.......


isteri : awak ada ingin minta apa2??


suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...


isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??


suami : si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit jaya jusco... saya ada air bag.....awak tak ada..




Moral of the story "Jangan minta cerai dalam kereta" hahahahahahaah...







P/S : buat dekat awek mcm nie boleh tak..hahahaha

Saturday, 24 March 2012

Jodoh



Awk jodoh itu rαhsiα ALLAH . .


SEKUAT mnα αwk SETIA . .


SEHEBAT mnα αwk MERANCANG . .
SEJAUH mnα αwk MENUNGGU . .
SEKERAS mnα αwk BERSABAR . .
SEJUJUR mnα αwk MENERIMA SAYA . .
Jikα ALLAH Tidαk Menulis Jodoh Kitα Bersαmα . .
Kitα Tetαp Tidαk Akαn Bersαmα . .

Wednesday, 21 March 2012

Baca je...

Kita belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna di dalam hidup kita perlahan².. Dengan kekuatan yang ada, kita masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan di hati.. Kita belajar untuk hidup keseorangan namun kesepian itu kadang² membuatkan kita kosong di dalam meniti hari.. Namun apa yang kita tahu, dia tetap pernah bertahta di hati walaupun kita sedang memaksa diri belajar melupakannya.

yakinlah dengan janji Allah, dia telah menciptakan seorang yang terbaik untuk kita. maka, bersabarlah menunggu jodohmu sahabat.....

Wednesday, 7 March 2012

TIPS PERKAHWINAN ^_^



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

InsyaALLAH..